Juara Kejohanan Dunia BWF merangkap beregu lelaki No.1 tanah air, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik terlepas kedudukan No.2 dunia setelah 14 minggu berturut-turut menghuni tangga berkenaan dalam Ranking Dunia.
Kemaskini terbaru oleh badan induk, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menyaksikan Aaron-Wooi Yik terjatuh satu anak tangga sekaligus menghuni ranking ketiga dunia pada minggu ke-18.
Sementara itu, mengisi kedudukan No.2 dunia itu pada minggu ini adalah gandingan yang terkenal dengan julukan “The Daddies” dari Indonesia, Hendra Setiawan dan Mohamad Ahsan.
Mereka merampas kedudukan tersebut selepas mengumpul 80,405 mata daripada sepuluh kejohanan terbaiknya – melebihi 882 mata berbanding yang dimiliki Aaron-Wooi Yik.
Pada masa yang sama, sepasang lagi beregu lelaki negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi kekal menghuni tangga kelapan dunia.
Biarpun mara ke perlawanan akhir dan muncul naib juara di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 pada Ahad lalu ianya masih tidak mencukupi untuk merampas kedudukan ketujuh dunia yang dihuni gandingan China, Liang Wei Keng dan Wang Chang.
Namun begitu, perbezaan antara kedua-dua beregu tersebut itu semakin mengecil iaitu 730 mata berbanding 3,030 mata pada minggu lalu.
Featured Image: Badminton Asia