Artikel

Terengganu Buat Penyenaraian Akhir Pemain Yang Ingin Dibawa Masuk Pada Julai

Para peminat naib juara Liga Super dan Piala FA 2022, Terengganu FC boleh menjangkakan sekurang-kurangnya seorang pemain baharu akan menyertai skuad Hitam Putih berkenaan pada jendela perpindahan pertengahan musim nanti.

Ini selepas pihak kelab sendiri telah mengesahkan sedang membuat penyenaraian akhir pemain yang ingin dibawa masuk pada jendela perpindahan yang dibuka bermula 5 Julai hingga 1 Ogos kelak.

Bagaimanapun, tiada sebarang bayangan mengenai nama pemain yang ingin dibawa masuk oleh pasukan berpangkalan di pantai timur berkenaan.

Dalam perkembangan yang sama, Terengganu tampil menafikan bahawa terdapat cadangan daripada pihak mereka sendiri untuk menggantikan ketua jurulatih sedia ada, Tomislav Steinbruckner.

Proses untuk mencadang, menukar atau melantik jurulatih yang baharu bukan perkara yang mudah dan perlu dikaji dengan terperinci oleh Jawatankuasa Teknikal Terengganu FC serta ianya perlu mendapatkan persetujuan dari pihak Ahli Lembaga Pengarah Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB).” 

“Ianya bukan hanya boleh dicadang dan dilaksanakan tanpa sebarang persetujuan dari pihak atasan. Jadi berita ini dilihat sedikit sebanyak mengganggu persediaan serta perhubungan dalam kelab ini.” tulis kenyataan rasmi kelab.

Sebelum ini, antara nama yang dikaitkan untuk menggantikan jurulatih dari Croatia tersebut ialah Aidil Sharin Sahak merangkap bekas ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC.

Featured Image: Terengganu FC

komen