JDT Mahu Memulakan Kejohanan Remaja Tersendiri, Skuad Bawah Umur Kurang Perlawanan Berkualiti
May 3, 2023 Hafizuddin Omar

Gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan memulakan kejohanan remaja antarabangsa yang tersendiri bagi menyediakan pertandingan yang lebih mantap untuk pelatih-pelatih di akademinya.

Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards menjelaskan perkara itu sangat diperlukan oleh JDT kerana pelbagai skuad bawah umurnya dari bawah 13 tahun (B-13) hingga bawah 18 tahun (B-18) kekurangan perlawanan berkualiti disebabkan ketiadaan pertandingan yang sesuai.

https://twitter.com/OfficialJohor/status/1653648316796903425?s=20

Difahamkan, pertandingan tersebut akan dibuka kepada akademi antarabangsa dan dalam negara.

Bagaimanapun, pihaknya akan memaklumkan maklumat lanjut mengenai pertandingan ini dalam masa terdekat selepas sanksi untuk menjalankan pertandingan ini diberikan oleh pihak yang berwajib.

Alistair turut menjelaskan, usaha ini hadir ekoran struktur semasa di bawah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Malaysian Football League (MFL) hanya menyediakan pertandingan buat skuad bawah 19 tahun (B-19), bawah 23 tahun (B-23) dan skuad senior sahaja.

Featured Image: JOHOR Southern Tigers

Komen