‘Maintain’ Padang Pun Tak Boleh, Macam Mana Nak Ada Stadium Sendiri? – TMJ
May 5, 2023 Meor Mohamad Amirul

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim Ismail menempelak usaha Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang ingin membantu kelab-kelab Liga Malaysia (Liga-M) mendapat pemilikan penuh stadium yang sedang digunapakai.

Baginda yang merupakan Tunku Mahkota Johor (TMJ) menempelak usaha itu ekoran berdasarkan pemerhatiannya, majoriti kelab-kelab Liga-M tidak mampu menanggung kos penyelenggaraan penyelenggaraan yang lebih kecil seperti padang yang beranggaran RM200,000 setahun.

Ia menimbulkan keraguan buat TMJ terhadap kelab-kelab Liga-M lain kerana kos penyelenggaraan stadium itu sendiri sudah pasti lebih tinggi berbanding kos penyelenggaraan padang yang bernilai sekitar RM200,000 tersebut.

“RM200 ribu setahun maintain (selenggara) padang pun tak boleh terima dan cakap tak mampu, macam mana nak ada stadium sendiri? Siapa nak maintain? Cakap dan nak buat sesuatu itu biar berdasarkan fakta.”

“Semua cakap dan memberi gambaran tak betul kepada penyokong. Nilai sendiri. Cakap memang senang, bila ajak berdepan takut. “No transparency.” (tiada ketelusan)”, tulis TMJ dalam ruangan komen di sebuah akaun laman sosial Instagram peminat bola sepak tempatan. 

Dalam satu laporan media tempatan sebelum ini, Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Mohd Amin berkata akan cuba membantu mana-mana kelab Liga-M untuk mendapatkan pemilikan penuh stadium yang digunakan mereka menerusi sistem pajakan.

Hamidin yang juga merupakan Ahli Majlis FIFA memaklumkan akan mengusulkan perkara ini untuk dibawa ke perbincangan bersama penganjur saingan tempatan, Malaysian Football League (MFL).

Featured Image: JOHOR Southern Tigers

Komen