Kelab yang berpangkalan di Brazil, EC Bahia menjadi ahli keluarga terbaru buat entiti City Football Group (CFG) yang juga merupakan pemilik kepada Manchester City (Man City) yang beraksi dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL).
Bahia yang ditubuhkan pada tahun 1931 diumumkan menjadi milik CFG pada 4 Mei 2023. Perkembangan itu hadir setelah CFG mengambil 90% pegangan daripada Bahia SAF.
Menurut satu laporan media dari eropah, pembelian pemilikan saham itu dinilai pada harga sekitar £158 juta menjadikan ianya sebagai pelaburan pembelian kelab bola sepak yang kedua terbesar dilakukan CFG selepas Man City.
Jogadores e funcionários do City Football Group (CFG) espalhados pelo mundo também enviaram mensagens de agradecimento aos nossos sócios em Salvador. #BahiaÉOMundo #BBMP pic.twitter.com/0dt52ZXAKf
— Esporte Clube Bahia (@ecbahia) December 3, 2022
Pada masa yang sama, pengambilalihan itu sekaligus menjadikan Bahia kelab ke-13 di bawah portfolio CFG. Selain itu, Bahia menjadi kelab kedua yang dari benua amerika selatan yang dimiliki secara penuh oleh CFG.
Untuk maklum semua, Bahia merupakan kelab yang baru sahaja mendapat promosi ke saingan Serie A Brazil selepas berjaya menamatkan saingan Serie B Brazil di tangga ketiga pada musim lalu.
Untuk pengetahuan semua, CFG kini memiliki sekurang-kurang sebuah kelab dari kesemua benua melainkan afrika.
Antara kelab yang merupakan milik CFG ialah Man City (England), New York City FC (Amerika Syarikat), Melbourne City FC (Australia), Yokohama F. Marinos (Jepun), Montevideo City Torque (Uruguay), Girona (Spain), Sichuan Jiuniu (China), Mumbai City FC (India), Lommel SK (Belgium), Troyes (Perancis), Palermo (Itali) dan terbaru EC Bahia (Brazil).
Sebuah lagi kelab iaitu Club Bolivar dari Bolivia turut menjadi salah satu keluarga besar CFG namun ianya disenaraikan sebagai Rakan Kelab (Partner Club).