Artikel

Sukan SEA 2023: Umar Osman Raih Emas 400m – Pecah Rekod Berusia 22 Tahun

Atlet muda kebangsaan, Umar Osman mencipta kejutan apabila muncul sebagai pemenang bagi acara 400 meter (m) di temasya Sukan SEA 2023 sekaligus menyumbangkan pingat emas ke-13 buat kontinjen negara.

Pelari berusia 20 tahun itu muncul juara apabila menjadi yang pertama melintasi garisan penamat dengan catatan masa 46.34 saat (s) mengatasi dua pelari Filipina iaitu Umajesty Williams dan Frederick Ramirez dengan masa 46.52s dan 46.63s masing-masing.

Umar bukan sahaja mengutip emas pada penampilan pertamanya di temasya dwitahunan rantau asia tenggara ini, bahkan catatan masanya itu turut memecahkan rekod kebangsaan milik Zaiful Zainal Abidin yang berusia 22 tahun lamanya.

Sebelum ini, Zaiful memegang rekod sebagai pelari 400m terpantas kebangsaan dengan catatan masa 46.41s – diciptanya dalam Kejohanan Olahraga Remaja Asia di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam pada tahun 2001.

Sebagai rekod, Umar menjadi pelari kesembilan dalam lipatan sejarah negara mengutip pingat emas dalam acara 400m di temasya Sukan SEA selepas Tan Sri Dr. M. Jegathesan (Rangoon 1961), Asir Victor (Kuala Lumpur 1965 dan Bangkok 1867), T. Krishnan (Kuala Lumpur 1971), Sukninder Singh (Kuala Lumpur 1977), Rabuan Pit (Jakarta 1979), Nordin Jadi (Bangkok 1985 dan Jakarta 1987) Romzi Bakar Jakarta 1997 dan Zafril Zuslaini (Laos 2009).

Featured Image: Olympic Council of Malaysia

komen