Artikel

Penang FC Berpisah Dengan 2 Pemain Import – Curt Dizon & Ann Sae-hee

Pasukan berpangkalan di utara semenanjung tanah air, Penang FC kini kehilangan khidmat dua pemain importnya iaitu An Sae-hee dan Curt Dizon yang merupakan pertahanan dan penyerang masing-masing.

Difahamkan kedua-dua pemain mencapai persetujuan untuk berpisah dengan kelab berjulukan Harimau Kumbang itu.

Makluman mengenai perpisahan dengan pemain dari Korea dan Filipina masing-masing itu dikongsikan di pelbagai platform media sosial milik kelab, pada hari ini.

Sae-hee dan Dizon yang berusia 32 dan 29 tahun masing-masing menyertai Penang pada jendela perpindahan pramusim Liga Malaysia, baru-baru ini.

Setakat ini, kedua-duanya hanya tampil sebanyak satu kali disamping memanaskan bangku simpanan buat Penang dalam saingan Liga Super.

Dengan perkembangan ini, Penang mempunyai baki tujuh pemain import yang terdiri daripada Rafael Vitor (Brazil), Zaw Min Tun (Myanmar), Ryu Yamaguchi (Jepun), Ousmane Fane (Perancis), Sonny Saad (Lubnan), Adriano (Brazil) dan Giovane Gomes (Brazil).

Adakah Penang yang kini mendapat bimbingan Manzoor Azwira akan menggantikan kekosongan dua slot pemain import tersebut dengan pemain baharu pada jendela perpindahan pertengahan musim kelak? Sama-sama kita nantikan.

Featured Image: Penang FC

komen