Artikel

Sukan SEA 2023: Kuartet 4x100m Lelaki Malaysia, Singapura Kongsi Pingat Gangsa

Kuartet lelaki Malaysia dan Singapura berkongsi pingat gangsa di temasya Sukan SEA 2023 apabila pelumba terakhir masing-masing melintasi garisan penamat secara bersama-sama dalam acara 4×100 meter (m) di Stadium Nasional Morodok Techo, semalam.

Malaysia yang dibarisi oleh Muhammad Zulfiqar Ismail, Jonathan Nyepa, Muhammad Haiqal Hanafi dan Khairul Hafiz Jantan bersama-sama kuartet Singapura menamatkan larian di tempat ketiga di belakang kuartet Indonesia dan Thailand.

Perlumbaan tersebut menyaksikan kuartet Malaysia dan Singapura mencatatkan masa larian 39.36 saat (s) manakala Indonesia dan Thailand pula melakar masa larian 39.11s dan 39.13s masing-masing.

Untuk makluman, ini merupakan pingat gangsa ke-39 diraih Kontinjen Malaysia pada temasya dwitahunan pada edisi kali ini.

Bagaimanapun, pungutan pingat gangsa ini menjadikan mereka gagal mempertahankan kilauan pingat perak yang dimenangi Kontinjen Malaysia dalam dua edisi Sukan SEA yang lalu berturut-turut.

Pada edisi 2021, kuartet negara yang terdiri daripada Muhammad Azeem mohd Fahmi, Muhammad Arsyad Md Saat, Muhammad Zulfiqar dan Muhammad Haiqal Hanafi meraih pingat perak dengan catatan masa 39.09s – rekod kebangsaan.

Sementara itu, edisi 2019 pula memperlihatkan gandingan Nixson Kennedy, Muhammad Haiqal Hanafi, Khairul Hafiz Jantan dan Russel Alexander Taib pula memungut pingat perak dan mencatatkan masa larian 39.27s.

Featured Image: Sukan RTM

komen