Sukan SEA 2023: Perseorangan Wanita 19 Tahun Negara Tumpas Kepada Pilihan Pertama Di Pusingan 16
May 12, 2023 Hafizuddin Omar

Perseorangan wanita muda negara yang berusia 19 tahun, Wong Ling Ching terpaksa akur tersingkir awal daripada acara badminton (individu) di temasya Sukan SEA 2023 Kemboja.

Ling Ching yang menghuni ranking ke-116 dunia terpaksa melupakan bukan sahaja impian untuk mengutip sebarang kilauan pingat bahkan mara ke peringkat seterusnya apabila tumpas kepada pemain Thailand yang diletakkan sebagai pilihan pertama, Lalinrat Chaiwan di Pusingan 16, sebentar tadi.

Dalam perlawanan tersebut, Ling Ching tumpas secara “straight set” kepada pemain yang menduduki ranking ke-23 dunia itu dengan skor 9-21 dan 16-21 dalam tempoh masa tidak sampai setengah jam permainan.

Ini juga merupakan pertemuan pertama melibatkan kedua-dua pemain di sebarang pentas kejohanan antarabangsa.

Untuk makluman semua, Lalinrat yang berusia 22 tahun pernah muncul sebagai juara bagi kategori perseorangan wanita dalam saingan Antarabangsa Sepanyol dan Antarabangsa Azerbaijan 2019.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen