Perseorangan lelaki negara, Lee Shun Yang hampir dikejutkan pemain berusia 17 tahun dari Myanmar, Hein Htut pada pusingan 16 di temasya Sukan SEA 2023.
Shun Yang memenangi set pertama dengan seleasa. Namun Hein Htut berhasil memaksa Shun Yang berhempas pulas pada set kedua sebelum anak jati Pulau Pinang mengakhirinya dengan kemenangan berskor 21-9 dan 23-21.
Kemenangan itu membolehkan pemain berusia 22 tahun itu mara ke peringkat seterusnya yang bakal ditentukan pemenangnya samada wakil Thailand, Panitchaphon Teeraratsakul atau wakil Singapura, Marcus Phil Jun Hui Lau.
RESULTS: #SEAGames2023
R16 | Individual Events#MAS🇲🇾 Lee Shun Yang def. #MYA🇲🇲 Hein Htut 21-9 23-21#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/XF1D2dad9R
— BAM (@BA_Malaysia) May 12, 2023
Pemain perseorangan lelaki Thailand itu mara ke pusingan 16 setelah mendapat ‘bye’ di pusingan awal manakala Marcus Phil mudah menewaskan lawannya dari Timor Leste, Zidane Evaldo Costa Gusmao de Jesus dengan skor 21-2 dan 21-8.
Dalam pada itu, seorang lagi atlet perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao akan bertemu wakil Singapura, Jia Wei Joel Koh di pusingan 16 setelah kedua-dua pemain mendapat ‘bye’ di pusingan awal.
Shun Yang dan Jun Hao menjadi dua wakil kebangsaan yang dipertaruhkan untuk merampas semula pingat emas yang kali terakhir dimenangi Malaysia menerusi Lee Zii Jia di Sukan SEA 2019 Filipina.
Featured image: Badminton Association of Malaysia (Facebook)