Usai sahaja Majlis Undian Piala Asia 2023 yang berlangsung di Katara Opera House, Qatar, ketua jurulatih skuad kebangsaan Republik Korea, Jurgen Klinsmann menyatakan keterujaannya untuk bermain menentang skuad Harimau Malaya di kejohanan Piala Asia yang akan berlangsung pada Januari 2024 kelak.
Berkata kepada laman sesawang AFC, difahamkan, keterujaan jurulatih kelahiran Jerman berusia 58 tahun itu hadir ekoran skuad Harimau Malaya pada ketika ini dibimbing oleh jurulatih kelahiran Korea iaitu Kim Pan-gon.
Selain Harimau Malaya atau Malaysia, Korea juga akan bertemu dua pasukan dari rantau asia barat iaitu Jordan dan Bahrain setelah diundi dalam Kumpulan E, semalam.
How far will Jurgen Klinsmann take 🇰🇷 Korea Republic at #AsianCup2023 🤔 pic.twitter.com/Qv3SJYYIB1
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) May 11, 2023
Untuk makluman semua, Piala Asia edisi ke-18 yang akan berlangsung di Qatar ini menjadi kejohanan utama yang pertamanya sejak diperkenalkan sebagai ketua jurulatih Republik Korea atau Taeguk Warriors kepada umum pada awal Mac lalu.
Dalam temu ramah pertamanya setelah diperkenalkan sebagai ketua jurulatih Korea, Klinsmann menetapkan sasaran untuk membimbing Korea menjuarai Piala Asia 2023 sekaligus menamatkan kemarau lebih 60 tahun saingan itu. Sebagai rekod, kali terakhir Korea menjulang trofi Piala Asia adalah pada edisi 1960.
Sementara itu, Pan-gon pula menganggap Malaysia berada dalam kumpulan yang sukar dengan ketiga-tiga pasukan tersebut merupakan lawan yang sangat kuat dan dihormati.
Namun begitu, bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) ini berkata akan cuba untuk memberikan cabaran dengan kemampuan terbaik dimiliki skuad Harimau Malaya untuk melepasi peringkat kumpulan dan mara ke Pusingan 16.
#AsianCup2023 Group E
🇰🇷 Korea Republic
🇲🇾 Malaysia
🇯🇴 Jordan
🇧🇭 Bahrain— #AsianCup2023 (@afcasiancup) May 11, 2023
Featured Image: Football Association of Malaysia & AFC