Piala Sudirman: Zii Jia Lakar Kemenangan Ketiga Ke Atas Kidambi
May 15, 2023 Hafizuddin Omar

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia kini menghimpunkan tiga kemenangan daripada empat pertemuan menentang pemain No.2 India, Kidambi Srikanth.

Anak jati kelahiran negeri jelapang padi melakar kemenangan terbaru itu pada pertarungan kedua ketika mewakili Malaysia menentang India peringkat Kumpulan C dalam saingan Piala Sudirman, pada hari ini. 

Bukan itu sahaja, Zii Jia yang berusia 25 tahun melakar kemenangan tersebut secara “straight set” dengan skor 21-16 dan 21-11 dalam tempoh 36 minit permainan yang berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Suzhou.

Kemenangan ini membolehkan Malaysia mendahului 2-0 ke atas India. Sebelum itu, gandingan beregu campuran negara, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai memberikan mata pertama dengan menumpaskan Dhruv Kapila dan Ashwini Ponnappa.

Featured Image: VICTOR

Komen