Pasukan berpangkalan di pantai timur semenanjung tanah air, Terengganu FC menjadi kelab bola sepak profesional pertama di Malaysia hadir dengan kerusi gaming jenama tersendiri dalam senarai penawaran barangan rasmi (merchandise) kelab kepada para peminatnya.
Menerusi makluman rasmi pihak kelab, kerusi gaming edisi pertama keluaran Terengganu FC itu diberikan nama VTFC1. Ianya hadir dengan rekaan berwarna hitam dan diserikan dengan pelbagai imej kelab seperti logo, tenunan frasa “We Bleed Black White” serta “VTFC1 Black White”.
🎮🔥 VTFC1 TERENGGANU FC GAMING CHAIR
Kepada peminat #TerengganuFC yang ingin memiliki gaming chair yang ‘super selesa’ dengan rekabentuk yang sangat merecik? #VTFC1 adalah jawapannya!
pra-tempahan sekarang :https://t.co/0x2KcI3ffJ pic.twitter.com/Gg8VTxii1Q
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) May 15, 2023
Sebuah video promosi produk turut dikongsikan oleh Terengganu FC di pelbagai platfom media sosialnya dengan penampilan pemain TFC Esports, Fatin Amisa atau lebih dikenali sebagai 1CAA.
Bagi yang berminat untuk mendapatkannya, ianya boleh dibeli di platform penjualan barangan rasmi kelab Terengganu FC iaitu TFC Direct. Kerusi gaming ini diletakkan tanda harga RM499. Bagaimanapun, mereka memberikan diskaun sebanyak 10% menjadikan harganya RM450 sahaja bagi yang membuat pratempahan dalam tempoh masa 45 hari.
Featured Image: Terengganu FC