Kontinjen Malaysia kini meraih meraih 32 pingat emas di temasya Sukan SEA 2023 selepas skuad hoki padang lelaki berjaya menumpaskan Singapura dalam perlawanan akhir yang berlangsung petang tadi.
Skuad kendalian Amin Rahim mendapatkan kilauan pingat tersebut setelah berjaya menundukkan pasukan dari negara seberang tambak itu dengan keputusan 3-0 hasil jaringan berganda daripada Muhammad Amirul Hamizan Azahar dan satu jaringan oleh Alfarico Lance Liau Jr.
Bagaimanapun, Malaysia terlebih dahulu ketandusan jaringan pada suku pertama permainan sebelum ianya menjelma pada suku kedua dan diikuti dengan suku ketiga dan keempat permainan.
Temasya Sukan SEA Ke-32 : Kategori Wanita
Penentuan Pingat Emas (Selasa – 16 Mei 2023)
Separuh Masa
Malaysia 3-1 Thailand
4' FG Natthakarn Aunjai (THA)
6' PC Siti Nur Arfah Mohd Nor
18' PS Nuraini Abdul Rashid
29' PC Nurmaizatul Hanim Syafi Shiek Fuad— MHC (@hockeymalaysia) May 16, 2023
Kemenangan ini sekaligus mengulangi pencapaian skuad negara pada Sukan SEA 2017 yang berlangsung di Kuala Lumpur – edisi terakhir ianya dipertandingkan dalam temasya Sukan SEA.
Untuk rekod, ini juga merupakan pingat emas ke-16 dimenangi skuad negara dalam acara hoki padang bagi kategori lelaki sejak ianya dipertandingan bermula temasya Sukan SEA 1971.
Sebagai tambahan, Kontinjen Malaysia diletakkan sasaran untuk membawa pulang 40 pingat emas daripada temasya Sukan SEA yang berlangsung di Kemboja pada kali ini.
Featured Image: Malaysian Hockey Cenfederation