Sukan SEA 2023: Kontinjen Malaysia Gagal Capai Sasaran 40 Emas – Kedudukan Terburuk Dalam Sejarah
May 17, 2023 Hafizuddin Omar

Sasaran untuk membawa pulang sekurang-kurangnya 40 pingat emas daripada Sukan SEA 2023 Kemboja gagal dicapai oleh Kontinjen Malaysia. Selain itu, kontinjen yang diketuai oleh Chef de Mision (CDM), Datuk Nasir Ali melepasi sasaran untuk membawa pulang 37 dan 64 pingat perak masing-masing.

Hari terakhir temasya kali ke-32 berkenaan menyaksikan Kontinjen Malaysia hanya berhasil membutirkan 34 pingat emas sahaja – kurang enam pingat berbanding sasaran yang diletakkan. Manakala pingat perak dan gangsa pula berhasil dikaut oleh kontinjen negara sebanyak 45 dan 97 butir masing-masing.

Senarai 34 pemenang pingat emas adalah seperti berikut:

  • Shahmalarani Chandran –  Karate Kumite Wanita 50kg
  • Prem Kumar Selvam – Karate Kumite Lelaki 55kg
  • Sureeya Sankar Hari Sankar – Karate Kumite Lelaki 60kg
  • Sharmendran Raghonathan – Karate Kumite Lelaki 75kg
  • Muhammad Danial Azrol & Muhammad Danial Azray – Pencak Silat Seni Ganda

View this post on Instagram

A post shared by Olympic Council of Malaysia (@olympicmas)

  • Saiful Bahri Muslim – Petanque Lelaki Perseorangan
  • Muhammad Hafizin Mansor – Pelayaran Lelaki RS:X
  • Grace Wong Xiu Mei – Olahraga Lontar Tukul Besi
  • Izry Hafiezy Fitry – Pelayaran Lelaki RS:One 
  • Kimberly Bong Qian Ping – Terjun Papan Anjal 3m Wanita

View this post on Instagram

A post shared by Olympic Council of Malaysia (@olympicmas)

  • Muhammad Syafiq Puteh – Terjun Papan Anjal 3m Lelaki
  • Shereen Samson Vallabouy – Olahraga 400m Wanita
  • Umar Osman – Olaharaga 400m Lelaki
  • Khiew Hoe Yean – Terjun 200m Platform Bebas Lelaki
  • Moh Keen Hoo – Billiard Six Red Ball Individu

View this post on Instagram

A post shared by Olympic Council of Malaysia (@olympicmas)

  • Norsyakirah Muksin – Pencak Silat Tanding Kelas U45 Wanita
  • Nor Farah Mazlan – Pencak Silat Tanding Kelas A 45-50kg Wanita
  • Tan Cheong Min – Wushu Nanquan Wanita 
  • Lee Yiat Qing – Terjun Platform Wanita
  • Muhammad Izzul Irfan Marzuki – Pencak Silat Tanding Kelas D 60-65kg Wanita

View this post on Instagram

A post shared by Olympic Council of Malaysia (@olympicmas)

  • Ng Jing Xuen – Golf Individu Wanita
  • Enrique Maccartney Harold – Terjun Platform Lelaki
  • Muhammad Irfan Shamshuddin – Olahraga Lempar Cakera Lelaki
  • Andre Anura – Olahraga Lompat Kijang Lelaki
  • Tan Cheong Min – Wushu Nandao + Nangun Wanita

View this post on Instagram

A post shared by Olympic Council of Malaysia (@olympicmas)

  • Nur Amirull Fakhruddin Mazuki – Basikal Jalan Raya Individu Lelaki
  • Nur Humaira Abdul Karim – Taekwando Recognised Poomsae Individu Wanita
  • Jason Loo Jun Wei & Nurul Hidayah Abdul Karim – Taekwando Recognised Poomsae Pasangan Campuran
  • Thor Chuan Leong – Billiard Snuker Lelaki Perseorangan
  • Muhammad Syafiq Zuber  – Taekwando Kyarugi Bawah 80kg Lelaki

View this post on Instagram

A post shared by Olympic Council of Malaysia (@olympicmas)

  • Sam Lee Jek – Dance Sport Breaking (B-Boys 1vs1)
  • Skuad Hoki Lelaki – Hoki Padang 
  • Ahmad Nor Iman Hakim Rakib – Kickboxing – Low Kick 69kg
  • Skuad Hoki Wanita – Hoki Padang

Jumlah pingat emas ini meletakkan Malaysia di tangga ketujuh dalam carta kutipan pingat di bawah Vietnam, Thailand, Indonesia, Kemboja (tuan rumah), Filipina dan Singapura.

Sebagai perbandingan, kedudukan tangga ketujuh yang diraih Kontinjen Malaysia pada kali ini merupakan yang terburuk sejarah penyertaan Sukan SEA. 

Sementara itu daripada segi kutipan pingat emas pula, ianya juga berkurangan berbanding yang diraih pada temasya Sukan SEA terdahulu di Hanoi iaitu 39 butir pingat emas.

Featured Image: Majlis Sukan Negara Malaysia

Komen