Penganjur Lanjut Pendaftaran IJN Ride 4 Your Heart 2023 di Teregganu Hingga 21 Mei
May 17, 2023 Hafizuddin Omar

Sambutan yang menggalakkan terhadap perlumbaan berbasikal jalan raya anjuran Institut Jantung Negara (IJN) iaitu IJN Ride 4 Your Heart 2023 yang akan berlangsung pada 27 Mei kelak di Terengganu membuatkan penganjur membuka semula sesi pendaftaran.

Bagi yang masih berminat, pendaftaran tersebut boleh dibuat menerusi laman sesawang https://www.gosportz.my/upcoming-events/ijn-2023 dan ianya berlanjutan sehingga 12 tengah hari pada 21 Mei kelak.

Dimaklumkan, lebih 500 orang peserta telah mendaftar sejak sesi pendaftaran pertama bermula, baru-baru ini.

Bagaimanapun, pendaftaran semula itu dibuka kepada kategori 120km Ride (Men Open, Women Open & Veteran Open)  sahaja dengan yuran pendafataran sebanyak Rm150. Sementara itu, dua kategori lagi iaitu 30km Fun Ride (Open To All) dan 88km Ride (Men Open, Women Open & Men Veteran) yang memerlukan yuran pendaftaran sebanyak RM50 dan RM120 masing-masing tidak dibuka semula.

View this post on Instagram

A post shared by Institut Jantung Negara (@institutjantungnegara)

Untuk makluman semua, ketiga-tiga kategori perlumbaan akan bermula dan tamat di Hospital Pengajar UniSZA – penaja lokasi bagi perlumbaan ini – di Kuala Nerus. Turut dimaklumkan, peserta akan dilepaskan bermula jam 7 pagi.

Juara bagi kategori 120km Ride akan mendapat hadiah berupa wang tunai RM800 + trofi manakala 88km Ride pula akan meraih wang tunai RM500 + trofi.

IJN memaklumkan penganjuran perlumbaan ini bertujuan mempromosikan gaya hidup yang sihat dalam kalangan orang ramai menerusi aktiviti berbasikal. Selain itu, IJN turut menegaskan ianya suatu komitmen tetap terhadap kesihatan jantung rakyat negara ini sesuai dengan peranannya sebagai pusat pakar jantung Malaysia.

Sebagai tambahan, ini merupakan penganjuran IJN Ride 4 Heart julung kalinya berlangsung di luar Lembah Klang selepas diadakan di Universiti Nottingham, Semenyih dalam dua edisi sebelumnya pada tahun 2016 dan 2017.

Pemilihan lokasi ini turut bertujuan untuk menguatkan lagi ikatannya dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) selaku rakan kolaborasi strategiknya dalam menyediakan servis kardiovaskular kepada penduduk di pantai timur.

Pada masa yang sama, penganjuran perlumbaan ini berbetulan dengan Visit Terengganu 2023 sekaligus dapat menyokong industri pelancongan tempatan.

Komen