Leandro Velazquez Dinobat Pemain Terbaik Liga Super PFAM Edisi April 2023
May 17, 2023 Hafizuddin Omar

Perancang kreatif Johor Darul Ta’zim (JDT), Leandro Velazquez telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Liga Super Persatuan Pemain Profesional Bola Sepak Malaysia (PFAM) bagi edisi Februari-Mac 2023.

Menurut laman sosial PFAM, ini merupakan julung kalinya pemain berusia 34 tahun kelahiran Argentina ini merangkul merangkul anugerah tersebut.

Pemain yang pernah merantau ke Mexico dan Colombia ini  merangkul anugerah selepas berjaya mengatasi empat lagi pemain yang dicalonkan iaitu Ayron Del Valle (Selangor FC), Soony Saad (Penang FC), Stefano Brundo (Sri Pahang FC) dan Paulo Josue (Kuala Lumpur City FC).

Untuk makluman, Leandro muncul pemain JDT kedua yang merangkul anugerah tersebut pada musim ini selepas edisi Mac-April dimenangi oleh penyerang mudanya, Arif Aiman Hanapi.

Sebagai rekod, Leandro telah membuat sembilan penampilan dengan sekitar 433 minit masa permainan disamping menjaringkan empat gol serta mencatatkan satu “assist” dalam saingan Liga Super setakat ini.

Featured Image: JOHOR Southern Tigers

Komen