Jodoh penyerang sayap skuad kebangsaan, Safawi Rasid bersama kelab Liga Thai 1 iaitu Ratchaburi FC nampaknya telah sampai ke penghujungnya.
Perkara ini hadir apabila pemain berusia 26 tahun terbabit memuat naik satu Instagram Story mengucapkan terima kasih atas pengembaraan hebat bersama skuad berjulukan The Dragons itu.
Sepanjang menyertai Ratchaburi FC bermula pertengahan Januari lalu secara pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi sempat membuat 16 penampilan secara keseluruhan dalam kancah bola sepak Thailand serta menjaringkan satu gol dan mencipta satu “assist”.
Selain itu, Safawi yang merupakan anak kelahiran Dungun, Terengganu turut memainkan peranan penting dalam membantu Ratchaburi FC mara ke peringkat separuh akhir Piala Liga Thai.
Hala tuju baharu Safawi masih lagi menjadi tanda tanya. Namun begitu, pengendali Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner pernah mengakui berminat dengan khidmat penyerang berkaki kidal tersebut.
Featured Image: Ratchaburi FC