Artikel

FIFA Perkenalkan Logo Rasmi Piala Dunia 2026 Serta Slogan – “WE ARE 26”

Berbaki sekitar 1,120 hari sahaja lagi sebelum bermulanya saingan Piala Dunia 2026, penganjur, Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tampil memperkenalkan logo rasmi kejohanan terbabit, pada hari ini.

Logo rasmi bagi kejohanan bola sepak paling berprestij di dunia edisi ke-23 itu tampil dengan rekaan yang cukup ringkas iaitu melibatkan kombinasi imej trofi Piala Dunia FIFA serta tahun ianya dilangsungkan iaitu 2026.

Difahamkan, pada keesokan hari, FIFA akan mendedahkan logo individu bagi setiap bandar yang menjadi hos kepada penganjuran Piala Dunia kelak. Sebanyak 16 buah bandar telah terpilih dengan 11 daripadanya di Amerika Syarikat, tiga bandar di Mexico dan baki dua lagi di Kanada.

Dalam majlis itu juga, FIFA turut melancarkan slogan “WE ARE 26” bagi kejohanan yang akan berlangsung di tiga buah negara iaitu Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico itu.

Slogan itu merupakan satu kempen yang memperkasakan orang ramai, tempat dan komuniti yang memainkan peranan penting dalam pelancaran Logo Rasmi Piala Dunia FIFA 2026.

Majlis pelancaran logo baharu itu dilangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat. Ianya turut dihadiri legenda bola sepak seperti Ronaldo Nazario dan Youri Djorkaeff serta pemain-pemain wanita, Carli Lloyd, Christen Press, Tobin Heath dan Alexi Lalas.

Featured Image: FIFA World Cup 26 Los Angeles

komen