Stadium Sultan Ibrahim (SSI) bakal menyaksikan penambahan satu lagi francais makanan dan minuman terkenal iaitu Starbucks sekaligus memberikan lebih banyak pilihan kepada para pengunjung serta penyokongnya untuk menjamu selera ketika menonton aksi bola sepak kelak.
Perkembangan itu hadir menerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Johor Darul Ta’zim (JDT), Alistair Edwards yang memaklumkan pihaknya telah mencapai persetujuan dengan jenama francais kopi dari Amerika Syarikat itu untuk membuka cawangan di stadium milik skuad Harimau Selatan itu, pada hari ini.
CLUB UPDATE
Johor Darul Ta'zim FC (JDT) are in the midst of securing business deals that will further improve the standard of the Sultan Ibrahim Stadium.
We are currently having discussions with a renowned international architect on ways to further uplift and improve our iconic… pic.twitter.com/HblyqPAboF
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) May 19, 2023
Sebelum ini, stadium berkapasiti 40,000 penonton itu telah mempunyai tiga pilihan francais makanan dan minuman yang terkenal seperti Woodfire Burger, Kentucky Fried Chicken (KFC) dan Subway.
Pada masa yang sama, beliau turut mendedahkan pihaknya sedang dalam perbincangan dengan syarikat arkitek terkemuka bagi meningkatkan dan menambah baik lagi SSI yang pernah dinobat sebagai ‘World Stadium of the Year’ pada tahun 2020.
Alistair turut mengesahkan juara bertahan Liga Super itu kini dalam proses untuk menyediakan galeri muzim di stadium bagi memperagakan kejayaan yang dikecapi sepanjang sedekad yang lalu sejak ianya ditubuhkan pada 2013.
Featured image: JOHOR Southern Tigers