Artikel

Piala Sudirman: Pertemuan Sulung Menentang Christiansen-Boje Milik Tang Jie-Ee Wei

Pertembungan kali pertama pasangan Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei menentang Mathias Christiansen dan Alexandra Boje nampaknya berpihak kepada beregu negara apabila mereka berjaya menewaskan beregu Denmark tersebut.

Untuk rekod, kedua-dua beregu tidak pernah bertemu sepanjang karier mereka biarpun mereka berada dalam kelompok 25 pemain terbaik dunia sekaligus kemenangan ini memberikan kelebihan “head-to-head” buat beregu negara dalam pertembungan mereka yang akan datang. 

Juara Orleans Masters itu melakar kemenangan tersebut pada pertarungan pembukaan ketika mewakili Malaysia bertemu Denmark dalam aksi suku akhir bagi saingan Piala Sudirman, hari ini.

Biarpun ketinggalan pada set pertama (15-21), Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei berjaya bangkit pada set kedua (21-14). Mereka mengesahkan kemenangan pertama Malaysia pada set ketiga (21-7) dalam perlawanan yang hampir berlangsung selama sejam itu.

Kemenangan itu membolehkan Malaysia mendahului pada perlawanan pertama menentang Denmark dengan keputusan 1-0. 

Perlawanan seterusnya melibatkan jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang bakal turun menentang perseorangan lelaki No.1 dunia, Viktor Axelsen.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

komen