Artikel

Jersi Liverpool 2023-24 Inspirasi Skuad Bill Shankly Mula Dijual Di Malaysia – Harga RM515

Peminat dan penyokong kelab yang beraksi dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Liverpool FC di Malaysia kini boleh mendapatkan jersi home terbaru kelab kesayangan mereka bermula saat ini.

Jersi baharu skuad berjulukan The Reds keluaran Nike yang dilancarkan secara rasmi sekitar dua minggu lalu di United Kingdom (UK) itu sudah boleh didapati di cawangan-cawangan Al-Ikhsan Sports terpilih, Kedai Rasmi LFC di Sunway Pyramid serta secara atas talian melalui platform e-dagang rasmi www.al-ikhsan.com.

Ianya hadir dalam dua variasi iaitu jersi stadium dan jersi perlawanan ditawarkan untuk pembelian oleh para peminat dan penyokong tempatan dengan diletakkan tanda harga RM299 dan RM515 masing-masing.

Selain itu, kedua-dua variasi jersi itu tersedia dalam saiz dan potongan untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak (junior).

Untuk makluman semua, jersi home Liverpool bagi musim 2023-24 ini hadir dengan reka bentuk klasik dalam warna rasminya iaitu merah serta kolar dan lilitan lengan kontra berwarna putih.

Difahamkan ianya diilhamkan daripada jersi skuad Liverpool bimbingan Bill Shankly yang menjuarai Piala FA musim 1973-74. Skuad Liverpool pada ketika itu mempunyai barisan pemain seperti Ian Callaghan, Kevin Keegan dan Ray Clemence. 

Untuk makluman semua, musim itu juga menjadi musim ke-14 dan terakhir Shankly berperanan sebagai pengurus The Reds seterusnya bersara daripada kancah kejurulatihan bola sepak.

komen