Man City Julang Trofi EPL Buat Kali Ketiga Berturut-Turut
May 21, 2023 Hafizuddin Omar

Trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) nampaknya tidak bertukar tangan pada musim ini dan kekal menjadi milik penyandang, Manchester City (Man City) sekaligus menjadikan kelab berjulukan The Cityzen ini telah merangkulnya buat kali ketiga berturut-turut.

Biarpun saingan EPL masih lagi berbaki tiga perlawanan buat Man City, namun, skuad kendalian Pep Guardiola ini mengesahkan kejuaraan tersebut apabila pencabar terdekatnya iaitu Arsenal tumpas kepada Nottingham Forest pada perlawanan kedua terakhirnya, awal pagi tadi waktu Malaysia.

Situasi itu menjadikan Arsenal yang kini mengumpul 81 mata daripada 37 perlawanan sudah tidak dapat memintas lagi pungutan 85 mata milik Man City biarpun skuad The Cityzen itu tumpas dalam tiga perlawanan terakhir mereka.

Untuk makluman semua, ini merupakan kali ketujuh Man City menjuarai saingan EPL dalam sejarahnya selepas merangkul julung kalinya pada musim 2011-12.

Selain itu, Man City muncul kelab kedua yang menjuarai saingan EPL secara tiga kali berturut-turut selepas kelab tetangganya, Manchester United (Man Utd) melakukannya pada tahun 1998-2001 dan 2006-2009.

Featured Image: Manchester City

Komen