Beregu campuran bebas (independent) negara, Chan Peng Soon dan Cheah Yee See berhasil memastikan kemaraan ke babak undian utama saingan Malaysia Masters 2023 selepas melepasi ujian di pusingan kelayakan, pada hari ini.
Gandingan pemain yang berusia 35 dan 27 tahun masing-masing itu mara setelah menumpaskan pasangan No.9 Indonesia, Adnan Maulana dan Nita Violina Marwah secara “straight set” dengan skor 21-19 dan 22-20 dalam tempoh masa 45 minit permainan.
PERODUA Malaysia Masters 2023 presented by DAIHATSU
XD – Qual. QF
🇲🇾CHAN Peng Soon🏅
21 22 🇲🇾CHEAH Yee See🏅
🇮🇩Adnan MAULANA
19 20 🇮🇩Nita Violina MARWAH🕚 in 45 minutes
— BWFScore (@BWFScore) May 23, 2023
Kemenangan ini membawa Peng Soon-Yee See yang berada di ranking ke-33 dunia bertemu wakil Republik Korea, Kim Won-ho dan Jeong Na-eun merangkap pilihan ketujuh kejohanan di Pusingan 32, pada hari esok.
Pertarungan tersebut bakal menjadi pertemuan sulung melibatkan kedua-dua pihak di pentas antarabangsa.
Untuk makluman, Orleans Masters pada awal April lalu menjadi saingan terakhir disertai Peng Soon-Yee See yang menyaksikan mereka mara sehingga ke peringkat suku akhir buat pertama kali dalam kejohanan yang disertai mereka pada tahun ini.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia