Sekitar lima bulan lalu, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan terpaksa akur tersingkir awal dalam saingan Terbuka Malaysia gara-gara tumpas kepada gandingan adik beradik dari Bulgaria, Gabriela Stoeva dan Stefani Stoeva.
Namun begitu, Pearly-Thinaah berjaya memastikan perkara tersebut tidak berulang lagi apabila bertemu lawan yang sama di peringkat Pusingan 32 dalam saingan Malaysia Masters 2023, pada hari ini.
Dalam perlawanan tersebut, pasangan negara yang ranking ke-11 dunia pada ketika ini berhasil melakar kemenangan ke atas adik beradik Stoeva itu secara “straight set” dengan skor 21-17 dan 21-14 dalam tempoh masa 40 minit permainan yang berlangsung di Axiata Arena.
PERODUA Malaysia Masters 2023 presented by DAIHATSU
WD – R32
🇲🇾TAN Pearly🏅
21 21 🇲🇾THINAAH Muralitharan🏅
🇧🇬Gabriela STOEVA
17 14 🇧🇬Stefani STOEVA🕚 in 40 minutes
— BWFScore (@BWFScore) May 23, 2023
Sebagai rekod, ini merupakan kemenangan kedua dilakar Pearly-Thinaah bertemu Gabriela-Stefani daripada tiga pertemuan di peringkat kejohanan antarabangsa.
Sementara itu, kemenangan terbabit sekaligus membawa mereka ke Pusingan 16 bertemu pasangan dari negara matahari terbit yang menghuni ranking ke-21 dunia, Rena Miyaura dan Ayako Sakuramoto.
Berdasarkan rekod, kedua-dua pasangan ini belum pernah bertemu sesama sendiri sekaligus menjadikan ianya pertemuan sulung melibatkan Pearly-Thinaah dan Rena-Ayako pada Khamis kelak.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia