Artikel

Bahrain Para Badminton: Cheah Liek Hou Rangkul Kejuaraan Berganda

Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou melakar kejayaan berganda buat dirinya dengan memenangi dua gelaran juara di Kejohanan Antarabangsa Badminton Para Bahrain 2023, semalam. 

Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik itu mencipta kemenangan pertamanya selepas menewaskan perseorangan lelaki Indonesia, Suryo Nugroho secara “straight set” dengan skor 21-13 dan 21-10 bagi acara perseorangan lelaki kategori SU5 (kecacatan fizikal). 

Kemudiannya, pemain berusia 35 itu meneruskan rentak kemenangan ketika bergandingan bersama Fareez Anuar yang menyaksikan mereka berjaya menundukkan wakil India, Chirag Baretha dan Raj Kumar untuk muncul juara bagi acara beregu lelaki kategori SU5. 

Kejayaan pada set pertama (21-18) buat Liek Hou-Fareez Anuar ternyata menjelmakan kebangkitan buat pasangan India tersebut untuk kembali menyamakan kedudukan pada set kedua (19-21) tetapi Liek Hou-Fareez Anuar mengesahkan kemenangan buat Malaysia pada set ketiga (21-14). 

Dalam pada itu, seorang lagi wakil negara, Amin Burhanuddin pula berjaya mendapatkan kejuaraan sulung di peringkat antarabangsa selepas mengalahkan lawan dari India, Suhas Yathiraj di Manama, semalam. 

Walaupun Suhas Yathiraj mendahului pada set pertama (21-16), pemain berusia 31 tahun itu bangkit pada set kedua (23-21) dan mengesahkan kejuaraan pada set ketiga (21-17) bagi acara perseorangan lelaki kategori SL4 (kecacatan fizikal). 

Featured Image: Cheah Liek Hou (IG)

komen