Pengendali Kuala Lumpur City (KL City) FC, Bojan Hodak berang dengan tindakan pengadil menghadiahkan sepakan percuma kepada Kuching City FC pada penghujung perlawanan dan mahu melaporkan perkara tersebut kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Tegas Hodak, satu-satunya percubaan tepat Kuching City hadir daripada situasi bola mati tersebut dan menganggap perlawanan yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras itu sebagai ‘tidak adil’.
“Saya rasa kami bermain baik hampir keseluruhan perlawanan. Kami mengawal permainan selama 90 minit dengan tidak membenarkan mereka melakukan percubaan.”
📸 Aksi Liga Super 2023 – LS12
Kuala Lumpur City FC 1-1 Kuching City FC#LigaSuper2023 #DemiLigaKita pic.twitter.com/UKfx8vwaIN
— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 24, 2023
“Kali pertama mereka melakukan percubaan, mereka menjaringkan gol. Kami akan hantar laporan kepada FAM berkenaan sepakan percuma tersebut. Ia bukan perlawanan yang adil, kami patut menang,” tegas Bojan dalam sidang media selepas perlawanan menentang Kuching City.
Dalam perlawanan tersebut, KL City terlebih dahulu di hadapan pada minit ke-85 perlawanan menerusi sepakan penalti Tchetche Kipre tetapi Kuching City menyamakan kedudukan pada masa kecederaan hasil jaringan Abu Kamara.
Keputusan seri yang dicapai Kuching City itu sekaligus menamatkan rentetan lima kekalahan berturut-turut yang dialami skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu.