Bekas pemain yang pernah menjulang trofi Piala Dunia 2002 bersama skuad kebangsaan Brazil, Ricardo Izecson Dos Santos Leite atau terkenal dengan nama panggilan Kaka kini berperanan sebagai Duta Jenama Global Oppo untuk kerjasamanya dengan Liga Juara-Juara UEFA.
Perkembangan itu hadir menerusi makluman daripada syarikat teknologi pintar global dari China itu sendiri, Oppo.
I‘m delighted to join your team as an @oppo Global Brand Ambassador! Let’s get out there and witness the glory of the game. #MakeYourMiracle #UCL pic.twitter.com/5c1B3RTSR7
— Kaka (@KAKA) May 25, 2023
Selaku Duta Jenama Global, Kaka akan melawat Jakarta, Indonesia serta Beijing, China pada 3 dan 6 Jun masing-masing untuk siri aktiviti bersama Oppo.
Selain itu, pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA yang akan menemukan Inter Milan dan Manchester City pada 11 Jun (waktu Malaysia) kelak, Kaka akan turun ke venue perlawanan akhir iaitu Stadium Olimpik Atarturk, Istanbul untuk bertemu para peminat di reruai Oppo dan mengambil gambar menggunakan telefon pintar Oppo Find N2 Flip dan Oppo DFind X6 Pro.
Untuk makluman, ini merupakan kepulangan semula Kaka ke Stadium Olimpik Ataturk selepas bersama AC Milan ketika menentang Liverpool dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA 2005.