Kejuaraan AFF B-23: Derbi Nusantara Hiasi Kumpulan B
May 29, 2023 Meor Mohamad Amirul

Malaysia bakal berhadapan tugas sukar dalam Kejohanan AFF Bawah 23 Tahun (B-23) 2023 apabila pemenang pingat emas Sukan SEA 2023, Indonesia turut diundi di dalam satu kumpulan yang sama. 

Dalam sesi undian terbabit, Malaysia telah diundi dalam Kumpulan B bersama seteru Nusantara tersebut bersama Timor Leste bagi merebut kedudukan juara kumpulan untuk layak ke peringkat separuh akhir. 

Dalam pada itu, Kumpulan A menghimpunkan tuan rumah, Thailand yang diundi menentang Kemboja, Brunei dan Myanmar manakala Kumpulan C melibatkan juara bertahan, Vietnam bersama Filipina dan Laos. 

Kejohanan tersebut bakal berlangsung bermula 17 hingga 26 Ogos ini di Thailand boleh dilihat sebagai persediaan untuk menghadapi Kelayakan Piala Asia B-23 2024.

Sebelum ini, Malaysia telah beraksi sebanyak dua kali (2019 & 2022) dalam Kejohanan AFF B-23 setelah diperkenalkan semula sejak kali terakhir diadakan yang juga merupakan edisi sulungnya pada 2005. 

Dalam penampilan terakhir negara di kejohanan tersebut, Malaysia gagal mara ke peringkat kalah mati telah kepada Laos secara timbal balik selepas dua pasukan iaitu Indonesia dan Myanmar terpaksa menarik diri akibat COVID-19. 

Pencapaian terbaik Malaysia di dalam kejohanan itu adalah pada tahun 2005 apabila mereka berjaya layak ke peringkat separuh akhir sebelum tewas kepada Thailand (7-0) dan juga Myanmar (1-1, 4-2*) di penentuan tempat ketiga.

*Nota kaki: Penentuan sepakan penalti.

Komen