Pemain yang memenangi Anugerah Bola Emas di Piala Dunia 2022, Lionel Messi akan turut serta bersama skuad kebangsaan Argentina bagi menghadapi Australia dan Indonesia dalam aksi perlawanan persahabatan antarabangsa pada Jun kelak.
Pengesahan penyertaan penyerang yang bakal menjengah usia 36 tahun itu hadir menerusi pengumuman senarai 27 pemain yang disenaraikan oleh ketua jurulatih, Lionel Scaloni menerusi pelbagai platform media sosial milik skuad berjulukan La Albiceleste, semalam.
#SelecciónMayor Futbolistas convocados por @lioscaloni para la gira asiática de junio.
¡¡¡Siempre, siempre, vamos Selección!!! 😁💙🤍💙 pic.twitter.com/0MlZAdZv0H
— 🇦🇷 Selección Argentina ⭐⭐⭐ (@Argentina) May 27, 2023
Selain Messi yang juga merupakan pemenang Ballon d’Or sebanyak tujuh kali, Argentina akan turut membawa beberapa pemain bintang yang beraksi ketika mereka menjuarai Piala Dunia 2022 di Qatar seperti Emiliano Martinez (Aston Villa), Julian Alvarez (Manchester City), Angel Di Maria (Juventus), Alexis Mac Allister (Brighton), Giovani Lo Celso (Villareal) dan lain-lain lagi.
Untuk makluman, Argentina dijadualkan akan bertemu Australia atau nama julukannya, Socceroos terlebih dahulu pada 15 Jun di Worker’s Stadium di Beijing, China. Kemudiannya, Argentina akan terbang ke Indonesia untuk bertemu skuad Garuda dimana ianya akan berlangsung pada 19 Jun bertempat di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta.
Sementara itu, Indonesia menerusi ketua jurulatihnya, Shin Tae-yong turut mengumumkan senarai 26 pemain yang dipanggil untuk menentang skuad Argentina terbabit, pada Sabtu lalu. Berdasarkan pengamatan, dua pemain Indonesia yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia, Saddil Ramdani dan Jordi Amat turut disenaraikan oleh jurulatih dari Republik Korea itu.
Garuda memanggil! 🦅🇮🇩
Shin Tae-yong resmi mengumumkan 26 pemain Timnas Indonesia yang akan menjalani pemusatan latihan jelang FIFA Match Day.
Pemusatan latihan akan dimulai pada Senin, 5 Juni 2023 di Surabaya.
Semangat persiapkan diri, Garuda! ✊#KitaGaruda pic.twitter.com/MXpEjI4Ezu
— PSSI (@PSSI) May 27, 2023