Beregu lelaki tuan rumah yang menghuni ranking ke-836 dunia, Thanawin Madee dan Natthapat Trinkajee menjadi batu penghalang kepada kemaraan gandingan bebas (independent) negara, Boon Xin Yuan dan Wong Tien Ci ke babak undian utama (main draw) dalam saingan Terbuka Thailand 2023.
Biarpun Xin Yuan-Wong Tien Ci menghuni ranking yang jauh lebih tinggi iaitu ke-55 dunia, namun, mereka terpaksa akur menanggung kekalahan selepas mengharungi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-18, 15-21 dan 12-21 dalam aksi Pusingan 16 peringkat kelayakan bagi kejohanan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 500 itu.
TOYOTA GAZOO RACING Thailand Open 2023
MD – Qual. R16
🇹🇭Thanawin MADEE🏅
18 21 21 🇹🇭Natthapat TRINKAJEE🏅
🇲🇾BOON Xin Yuan
21 15 12 🇲🇾WONG Tien Ci🕚 in 52 minutes
— BWFScore (@BWFScore) May 30, 2023
Pertarungan sulung melibatkan kedua-dua pasangan ini di pentas antarabangsa turut memakan masa hampir satu jam permainan. Susulan kemenangan terbabit, Thanawin-Natthapat dapat meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir peringkat kelayakan.
Sebagai rekod, ini merupakan kejohanan keenam disertai Xin Yuan-Tien Ci sepanjang tahun ini. Daripada enam kejohanan terbabit, ini merupakan julung kalinya Xin Yuan-Tien Ci yang menjuarai Terbuka Slovakia 2022 tersingkir seawal Pusingan 16 peringkat kelayakan.