Perseorangan lelaki negara, Lee Shun Yang tidak berjaya mara ke babak undian utama (main draw) selepas tewas kepada wakil Republik Korea, Jeon Hyeok-jin pada Pusingan 16 peringkat kelayakan Terbuka Thailand 2023.
Kedua-dua pemain ini tidak pernah bertemu biarpun berada di dalam kelompok 100 terbaik dunia dengan kelebihan di atas kertas lebih memihak kepada perseorangan lelaki Korea selaku penghuni ranking ke-51 dunia.
Dalam pertarungan tersebut, Shun Yang ditewaskan Hyeok-jin secara “straight set” dengan skor 17-21 dan 11-21 dalam perlawanan yang berlangsung selama 38 minit bertempat di Stadium Tertutup Huamark, Thailand.
TOYOTA GAZOO RACING Thailand Open 2023
MS – Qual. R16
21 21 🇰🇷JEON Hyeok Jin🥇17 11 🇲🇾LEE Shun Yang
🕚 in 38 minutes
— BWFScore (@BWFScore) May 30, 2023
Atlet berusia 22 tahun itu sepatutnya berdepan cabaran perseorangan lelaki Amerika Syarikat, Garret Tan di Pusingan 32 peringkat kelayakan tetapi mendapat “bye” selepas lawannya menarik diri.
Sebelum ini, Shun Yang menampilkan aksi memberangsangkan dalam temasya Sukan SEA 2023 membantu skuad badminton lelaki negara meraih pingat perak dalam acara berpasukan.
Atlet kelahiran Pulau Pinang itu juga berkongsi pingat gangsa dengan seorang lagi perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao bagi acara individu setelah tewas kepada wakil Indonesia, Chico Aura Dwi Wardoyo di peringkat separuh akhir.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia