Pengendali Napoli, Luciano Spalleti disahkan bakal meninggalkan Napoli selepas membantu mereka menjuarai Serie A dan mahu berehat selama setahun sebelum menentukan destinasi seterusnya sebagai jurulatih.
Menurut laporan yang ditulis media antarabangsa, Goal, perkara tersebut telah didedahkan dan disahkan pemilik kelab, Aurelio De Laurentiis dalam satu temubual bersama syarikat penyiaran awam Itali, RAI.
“Spalletti memberitahu saya bahawa kitarannya telah berakhir dan dia meminta kepada saya untuk tinggalkan pasukan kerana dia mahukan setahun cuti sabatikal. Saya akan menghormati pilihannya walaupun beliau masih di dalam kontrak,” ujar De Laurentiis.
Questo per coloro che oggi hanno scritto che Spalletti non ha voluto fare la foto con il Principe Carlo di Borbone e De Laurentiis.
Poco dopo si è giocata Napoli-Inter e il mister doveva rientrare negli spogliatoi! pic.twitter.com/0EUhqZZdU8
— Official SSC Napoli (@sscnapoli) May 22, 2023
Spalletti yang masih memiliki baki kontrak selama setahun bersama skuad berjulukan Gli Azzurri telah membantu pasukannya itu menjuarai liga tertinggi Itali sekaligus menamatkan kemarau 33 tahun mereka.
Berita tersebut jelas mengejutkan peminat Napoli tatkala mereka masih lagi di dalam mod meraikan kejuaraan mereka dan musim liga mereka juga masih belum berakhir dengan perlawanan terakhir menentang Sampdoria akan berlangsung Isnin nanti.
Sekiranya benar Spalletti benar-benar berhasrat meninggalkan Napoli, De Laurentiis yang juga penerbit filem di Itali perlu mencari calon yang sesuai untuk meneruskan legasi yang ditinggalkan pengendali berusia 64 tahun itu.
Featured Image: SSC Napoli