Beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei mencipta kejutan apabila menewaskan naib juara Malaysia Masters 2023, Feng Yan Zhe dan Huang Dong Ping dari China pada Pusingan 32 Terbuka Thailand 2023.
Kelebihan di atas kertas ternyata memihak kepada gandingan China tersebut yang kini menduduki tangga kelima dunia dan berada pada prestasi terbaik selepas muncul naib juara kejohanan yang berlangsung di Bukit Jalil tempoh hari.
Meskipun begitu, Tang Jie-Ee Wei berjaya menewaskan mereka dengan skor 21-15, 19-21 dan 21-19 dalam pertemuan sulung kedua-dua beregu yang berlangsung selama 63 minit bertempat di Stadium Tertutup Huamark, Thailand.
TOYOTA GAZOO RACING Thailand Open 2023
XD – R32
🇲🇾CHEN Tang Jie🏅
21 19 21 🇲🇾TOH Ee Wei🏅
🇨🇳FENG Yan Zhe
15 21 19 🇨🇳HUANG Dong Ping🕚 in 63 minutes
— BWFScore (@BWFScore) May 31, 2023
Kemenangan itu sekaligus mempertemukan gandingan No.3 negara itu dengan beregu No.3 Jepun, Yuki Kaneko dan Misaki Matsumoto yang berada di tangga ke-21 dunia di Pusingan 16.
Sebelum ini, Tang Jie-Ee Wei tersingkir awal dalam saingan Malaysia Masters selepas ditewaskan beregu No.3 Indonesia, Rinov Rivaldy dan Pitha Haningtyas Mentari dengan skor 22-20, 11-21 dan 21-15.
Untuk rekod, gandingan campuran negara itu muncul juara Orleans Masters pada April sebelum membantu Malaysia mara ke separuh akhir Piala Sudirman 2023.
Featured Image: Perodua Malaysia Masters