Kekecewaan beregu campuran bebas (independent) tanah air, Chan Peng Soon dan Cheah Yee gagal melepasi saingan Pusingan 32 di Malaysia Masters pada minggu lepas nampaknya tidak berulang dalam saingan Terbuka Thailand pada minggu ini.
Ini selepas Peng Soon-Yee See yang menghuni ranking ke-37 dunia berhasil melakar kemenangan ke atas gandingan No.1 Singapura, Terry Hee Yong Kai dan Jessica Tan Wei Han dalam perlawanan Pusingan 32 yang berlangsung di Stadium Tertutup Huamark, sebentar tadi.
Dalam perlawanan tersebut, Peng Soon-Yee See berjaya menumpaskan gandingan yang berada di ranking ke-26 dunia terbabit selepas mengharungi tiga set permainan yang berlangsung hampir satu jam lamanya.
TOYOTA GAZOO RACING Thailand Open 2023
XD – R32
🇲🇾CHAN Peng Soon🏅
15 21 22 🇲🇾CHEAH Yee See🏅
🇸🇬HEE Yong Kai Terry
21 11 20 🇸🇬TAN Wei Han Jessica🕚 in 59 minutes
— BWFScore (@BWFScore) May 31, 2023
Pertarungan bermula dengan angkah kiri buat Peng Soon-Yee See apabila tumpas dengan skor 15-21. Bagaimanapun, gandingan pemain berusia 35 dan 27 tahun ini berhasil bangkit pada set kedua untuk melakar skor 21-11 sebelum menutup set ketiga dengan skor 22-20.
Kemenangan itu sekaligus menjadikan Peng Soon-Yee See mengulangi kejayaan menumpaskan lawan yang sama ketika pertemuan sulung mereka sekitar enam tahun lalu dalam saingan Terbuka Macau 2017.
Pada masa yang sama, kemenangan ini membolehkan Peng Soon-Yee See membolot tiket ke Pusingan 16 bagi kejohanan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 500 ini. Menanti mereka di peringkat tersebut adalah gandingan Korea yang menghuni ranking kesepuluh dunia, Kim Won-ho dan Jeong Na-eun.
Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023