Penyerang kelahiran Belanda, Sylvano Comvalius kini berperanan sebagai pembantu jurulatih bagi skuad bawah 17 tahun (B-17) kelab Eredivisie, AZ Alkmaar dengan kontrak selama semusim.
Pengumuman tersebut hadir menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman sesawang kelab dan dikongsikan melalui pelbagai media sosial akademi kelab tersebut.
Sylvano yang akan membantu ketua jurulatih, Tim Roest turut diberikan tanggungjawab selaku “specialist trainer” (jurulatih berkepakaran) untuk memberi bimbingan kepada bahagian serangan skuad tersebut.
📝 𝑪𝒐𝒏𝒕𝒓𝒂𝒄𝒕 𝒏𝒆𝒘𝒔
ℹ️ AZ bindt Sylvano Comvalius als assistent van AZ Onder 17 en specialistentrainer van de bovenbouw.
💬 Brandenburg: "In staat goed binnen te komen bij onze jeugdspelers."
📲 Meer: https://t.co/fYkpWa6FMl#AZJeugd pic.twitter.com/FRuhZmumF4
— AZ Jeugdopleiding (@AZJeugd) May 30, 2023
Sebelum ini, Sylvano telah menggantung butnya pada Jun 2022 setelah berkelana di pelbagai negara khususnya di rantau Asia Tenggara seperti Liga 1 Indonesia, Liga Super Malaysia dan Liga Perdana Singapura.
Sylvano yang pernah memenangi anugerah kasut emas di Liga 1 Indonesia hasil menjaringkan 37 gol daripada 34 perlawanan tidak begitu menonjol bersama Kuala Lumpur FA (kini dikenali sebagai KL City) bagi musim 2019 selepas dilanda masalah kecederaan.
Penyerang berusia 35 tahun itu kembali ke tanah airnya pada 2021 untuk beraksi bersama Quick Boys sebelum benar-benar menoktahkan kariernya sebagai pemain bola sepak dan memulakan karier kejurulatihannya bersama akademi AZ Alkmaar pada 2022.
Bersama AZ Alkmaar, Sylvano Comvalius telah diangkat sebagai pembantu jurulatih kepada Bas Van Baar bersama skuad bawah 14 tahun sebelum meneruskan kariernya bersama Tim Roest dalam mengendalikan skuad bawah 16 tahun AZ Alkmaar pada musim ini.
Featured Image: AZ Alkmaar