Juara tiga kali, Pakistan mempamerkan kualiti sebenar selaku kuasa besar hoki Asia apabila mudah membenam cabaran skuad hoki remaja negara pada aksi separuh akhir Piala Remaja Asia, semalam.
Skuad kendalian Amin Rahim mendahului pada separuh masa pertama menerusi jaringan pemain berjersi No.6, T. Perabu yang menyaksikan skuad negara bertahan dengan kelebihan satu jaringan.
Malangnya, Pakistan bangkit pada separuh masa kedua dengan asakan bertubi-tubi ke arah kubu negara dan menyaksikan skuad negara dihambat negara Asia Selatan itu dengan keputusan 6-2 memihak kepada mereka.
Men's Junior Asia Cup 2023 – DAY 9
Moments of the Second Semi Final
Pakistan vs Malaysia#mjac2023#WatchHockey#asiahockey pic.twitter.com/4exFMe8Fra— Asian Hockey Federation (@asia_hockey) May 31, 2023
Penjaring terbanyak kejohanan, Abdul Rehman jelas menjadi duri dalam daging buat Malaysia apabila menjaringkan hatrik sekaligus melengkapkan kebangkitan Pakistan pada separuh masa kedua khususnya suku keempat perlawanan.
Selain Malaysia, Korea Selatan turut dibelasah juara bertahan, India yang berakhir dengan keputusan 9-1 dalam satu lagi aksi separuh akhir yang dijadualkan berlangsung lebih awal berbanding perlawanan Malaysia-Pakistan.
Keputusan itu sekaligus mempertemukan India dan Pakistan di pentas akhir sama seperti edisi lalu manakala Malaysia dan Korea Selatan akan bertemu buat kali kedua dalam saingan kali ini untuk merebut tempat ketiga kejohanan.
Featured Image: Asian Hockey Federation