Artikel

Piala Remaja Asia: Skuad Hoki Negara Perbaiki Rekod Edisi 2015

Skuad hoki remaja negara terpaksa akur menamatkan saingan di tempat keempat Piala Remaja Asiaselepas tewas kepada Korea Selatan namun berjaya memperbaiki pencapaian edisi lalu. 

Skuad bimbingan Amin Rahim itu cuba mengulangi kemenangan 3-1 ke atas lawan yang sama mereka capai di peringkat Kumpulan B tetapi sebaliknya berlaku. 

Malaysia terlebih dahulu ketinggalan menerusi pukulan sudut penalti Lim Do-hyun sebelum merapatkan semula kedudukan hasil jaringan Adam Ashraf dan menamatkan separuh masa pertama dengan skor 1-1.

Bersambung babak kedua perlawanan, jaringan Yoo Seung-ho pada minit ke-37 menjadi batu penghalang buat Malaysia untuk meraih tempat ketiga kejohanan setelah keputusan 2-1 kekal sehingga tamat permainan. 

Pada edisi 2015, Malaysia di bawah kendalian Arul Selvaraj sekadar menduduki tangga kelima kejohanan selepas menewaskan Bangladesh dengan keputusan 8-0 dalam aksi akhir penentuan tempat kelima hingga kelapan kejohanan. 

Bagaimanapun, Malaysia yang sudah mengesahkan tempat mereka dalam Piala Dunia Remaja selaku tuan rumah boleh menganggap kejohanan ini sebagai medan persediaan pasukan selepas memenangi pingat gangsa di Sukan SEA 2023. 

Featured Image: Asian Hockey Federation

komen