Bekas pemain bintang Manchester United (Man Utd) dan skuad kebangsaan Portugal, Luis Nani bakal berstatus ejen bebas apabila saingan bola sepak Australia iaitu A-League 2022-23 menutup tirainya kelak.
Ini selepas kelab yang disertainya sejak Julai pada tahun lalu, Melbourne Victory mengumumkan melepaskan khidmat pemain sayap berusia 36 tahun terbabit menerusi satu kenyataan rasmi kelab, baru-baru ini.
Melbourne Victory can confirm that Luis Nani will depart the Club after the completion of the 2022/23 Isuzu UTE A-League season.
The Club would like to thank Nani for his contribution and wishes him the best for the future.
— Melbourne Victory (@gomvfc) May 31, 2023
Bersama Melbourne Victory, Nani hanya sempat melakukan sepuluh penampilan dalam saingan A-League sebelum mengalami kecederaan pada Januari lalu yang memaksanya berehat panjang sehingga tamat musim ini.
Selain rekod penampilan terbabit, Nani tidak mempunyai sebarang cetakan gol namun sempat mencipta dua bantuan gol (assist) bersama kelab yang berpangkalan di asia tenggara Australia terbabit.
Untuk makluman, ketika mengumumkan mengikat Nani pada tahun lalu, Melbourne Victory mengikat khidmatnya dengan kontrak selama dua tahun.
Sebagai tambahan, sebelum menyertai Melbourne Victory, Nani terlebih dahulu beraksi dalam kancah bola sepak Itali bersama Venezia FC.
Featured Image: Manchester United