Artikel

Terbuka Singapura: Beregu No.2 Jepun Tunjuk Vivian-Chiew Sien Jalan Keluar

Beregu wanita negara, Vivian Hoo dan Lim Chiew Sien menjadi wakil negara pertama ditunjukkan jalan pulang apabila tewas kepada pasangan Jepun, Yuki Fukushima dan Sayaka Hirota, sebentar tadi.

Beregu No.2 Jepun itu merupakan pilihan keempat kejohanan dan menduduki kedudukan kelapan dunia tidak mempunyai sebarang masalah untuk menundukkan cabaran Vivian-Chiew Sin. 

Yuki-Sayaka hanya memerlukan 41 minit untuk menewaskan beregu No.2 negara secara ‘straight set’ dengan skor 21-12 dan 21-14 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura. 

Sebelum ini, Yuki-Sayaka turut menewaskan Vivian-Chiew Sin dalam pertemuan sulung mereka tahun lalu di Terbuka Thailand secara ‘straight set’ dengan skor 21-9 dan 21-8.

Untuk makluman, tiga daripada lima kejohanan terakhir Vivian Hoo dan Lim Chiew Sin berakhir dengan beregu wanita kebangsaan tersebut pulang awal selepas tewas di pusingan 32 kejohanan termasuk Terbuka Singapura.

Sebagai tambahan, dua lagi wakil negara iaitu Man Wei Chong dan Tee Kai Wun menang tanpa bertanding selepas gandingan Jerman, Mark Lamsfuss dan Marvin Seidel menarik diri manakala Aaron Chia dan Soh Wooi Yik bakal menentang wakil China, He Ji Ting dan Zhou Hao Dong.

Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023 

komen