Harga Tiket Pesta Bola Merdeka 2023 Bermula RM40, Tiket Kombo RM70
June 6, 2023 Hafizuddin Omar

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tampil berkongsikan harga tiket bagi kejohanan jemputan anjurannya, Pesta Bola Merdeka 2023 selepas mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM Kali Kelapan bagi penggal 2021-2025, pada hari.

Hasil mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden FAM berkenaan, harga tiket bagi menyaksikan kejohanan terbabit adalah bermula RM40 bagi kategori Terbuka serta RM60 dan RM80 masing-masing bagi kategori Granstand dan Premium.

Sementara itu, tiket bagi kanak-kanak pula diletakkan tanda harga RM5 bagi kategori Terbuka.

Bagaimanapun, Jawatankuasa Eksekutif bersetuju untuk menawarkan Tiket Kombo berharga RM70 bagi kategori terbuka untuk kedua-dua hari perlawanan (14 dan 17 Oktober) dengan tempoh penjualan terhad selama 36 hari hari di www.tickethotline.com.my bermula 1 Ogos hingga 5 September.

FAM turut mengesahkan Palestin, Lubnan dan India menjadi tiga buah pasukan yang mengesahkan penyertaan bagi kejohanan yang kembali diadakan selepas 10 tahun menyepi.

Sebagai tambahan, Pesta Bola Merdeka dijadualkan berlangsung bermula 14 hingga 17 Oktober 2023.

Featured Image: Football Association of Malaysia

Komen