Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon melakukan beberapa kejutan dalam senarai panggilan kem latihan pusat kali ini dengan menyenaraikan Safawi Rasid dan Natxo Insa.
Pengumuman tersebut hadir menerusi kenyataan yang dikeluarkan laman sesawang rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan dikongsikan melalui pelbagai platfotm media sosial miliknya.
Seramai 17 pemain daripada senarai 27 pemain yang dipanggil pada jendela antarabangsa FIFA yang lalu dikekalkan dengan kapten Harimau Malaya, Dion Cools tidak dapat bersama pada kali kerana melangsungkan majlis perkahwinannya.
Senarai 27 Pemain Ke Kem Latihan Pusat Harimau Malaya Bermula 10 Jun 2023
▶️ Baca penuh siaran media ini di https://t.co/yGoAfVFkkB#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/VZNs1AG57v
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 7, 2023
Antara 10 pemain yang turut dipanggil pada kali ini ialah Safawi Rasid yang sekadar berada di dalam Senarai Bersedia sebelum ini selain Natxo Insa yang kali terakhir menyarung jersi dalam aksi persahabatan menentang Mongolia pada tahun 2019.
Dalam pada itu, Syahir Bashah menjadi pemain terbaharu Harimau Malaya yang mengharapkan penampilan sulungnya bersama skuad kebangsaan dalam dua aksi persahabatan pada minggu hadapan.
Malaysia akan turun beraksi menentang Kepulauan Solomon pada Rabu, 14 Jun 2023 sebelum menentang Papua New Guinea bagi aksi kedua pada Selasa, 20 Jun 2023 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu.