Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) yang merupakan sebuah badan berkanun kerajaan di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kini diterajui dan dianggotai oleh individu-individu baharu yang terdiri daripada golongan korporat, persatuan sukan dan sektor kerajaan.
Menerusi satu kenyataan media oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS), badan yang bertanggungjawab untuk menyelia beberapa pusat sukan negara seperti Stadium Nasional, Axiata Arena, Stadium Hoki Negara dan Pusat Akuatik Nasional kini dipengerusikan oleh pelakon dan ahli korporat merangkap bekas Presiden Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) iaitu Dato’ Hans Isaac.
Manakala individu-individu lain yang turut dilantik sebagai Anggota Perbadanan PSM 2023-2025 adalah seperti berikut:
Mewakili Sektor Korporat:
- Datuk Seri Windsor Paul John (Setiausaha Agung AFC)
- Datin Anita Azrina Abdul Aziz (Pengurus Besar Kanan Perhubungan dan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas)
- Zahir Kelvin Ong Abdullah (Pengacara rancangan ‘Money Matters’)
- Aaron Sarma (Pengasas bersama Scaleup Malaysia dan Remote Ventures)
Mewakili Persatuan Sukan:
- Mohd Joehari Mohd Ayub (Naib Presiden FAM)
- Afrita Ariany Nasril (Setiausaha Kehormat Persekutuan Gimnastik Malaysia)
- Nishel Kumar A/L Silvaraja (Ketua Pegawai Eksekutif Konfederasi Hoki Malaysia)
- Monteiro Gerard Clair (Presiden Persatuan Skuasy Malaysia)
- Tan Seok Khoon @ May Tan (Penolong Setiausaha Kesatuan Renang Malaysia)
Mewakili Sektor Kerajaan:
- Mohd Faidz Sanusi (Ketua Pegawai Eksekutif PSM)
- Ramona Mohd Razali (Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS)
- Datuk Abd Shukor Mahmood (Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Jabatan Perdana Menteri)
- Dato’ Mohamad Razif Abd Mubin (Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim)
- Christina Dominic Cotter (Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Pengurusan Strategik Badan Berkanun, Kementerian Kewangan Malaysia)
- Ir. Mohamad Darus Selamat (Jurutera Awam Penguasa Kanan, Jabatan Kerja Raya)
Dalam kenyataan yang sama, menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh berharap barisan keanggotaan baharu ini dapat memastikan halatuju PSM dalam pengurusan fasiliti yang berdaya mampan (self-sustainable), mengamalkan tadbir urus korporat yang baik, menyediakan perkhidmatan yang efisien dan profesional kepada semua pihak serta merakyatkan fasiliti PSM untuk kegunaan orang awam dalam mempromosikan gaya hidup sihat.
Featured Image: Facebook Hans Isaac