Beregu campuran negara yang sedang meningkat, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei berhasil mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir saingan Terbuka Singapura 2023 yang kini bertaraf Super 750.
Pasangan pemain yang berusia 25 dan 22 tahun masing-masing ini melakar kemaraan berkenaan dengan mengetepikan cabaran beregu No.11 dunia dari Belanda, Robin Tabeling dan Selena Piek di Pusingan 16, sebentar tadi.
Dalam pertarungan tersebut, Tang Jie-Ee Wei yang berada di ranking ke-21 dunia turut mencipta kemenangan bergaya apabila menumpaskan Robin-Selena secara “straight set” dengan skor 21-17 dan 21-17 dalam tempoh masa 34 minit permainan sahaja.
Singapore Open 2023
XD – R16
🇲🇾CHEN Tang Jie🏅
21 21 🇲🇾TOH Ee Wei🏅
🇳🇱Robin TABELING
17 17 🇳🇱Selena PIEK🕚 in 34 minutes
— BWFScore (@BWFScore) June 8, 2023
Kemenangan tersebut sekaligus membalas dendam terhadap kekalahan di tangan pasangan yang sama ketika mereka bertemu buat julung kalinya dalam saingan Terbuka Swiss pada Mac lalu.
Sementara itu, di peringkat suku akhir kelak, Tang Jie-Ee Wei akan berhadapan dengan beregu campuran Hong Kong yang berada di tangga ke-24 dunia, Reginald Lee Chun Hei dan Ng Tsz Yau bagi merebut slot ke peringkat separuh akhir.
Untuk makluman, gandingan Hong Kong ini mara ke peringkat suku akhir selepas menundukkan sepasang lagi beregu campuran negara, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 14-21, 21-16 dan 21-9 pada petang tadi.
Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023