Penyerang muda negara, Luqman Hakim Samsuddin membantu pasukannya mengikat Selfoss selepas menjaringkan gol penyamaan dalam saingan Lengjudeild Karla, awal pagi tadi.
Lebih bermakna, jaringan yang dihasilkannya merupakan jaringan sulungnya dalam kancah liga divisyen dua Iceland dan ianya dilihat sebagai petanda positif selepas namanya tersenarai bersama skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan.
Jaringan yang terhasil pada minit ke-84 itu juga memastikan satu mata tetap diperoleh pasukannya di laman sendiri sebelum Luqman berangkat pulang ke Malaysia untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Muda menjelang Kejuaraan B-23 AFF 2023 di Chonburi, Thailand kelak.
Sebelum ini, Luqman turut menjaringkan gol buat Njardvik ketika pasukannya menewaskan KFA dengan keputusan 4-2 pada Pusingan 16 Piala Bola Sepak Lelaki Iceland, April lalu.
Sejak dipinjamkan ke Njardvik, pemain kelahiran Kota Bharu itu telah menjaringkan dua gol dalam kancah bola sepak Iceland sekaligus memperlihatkan dirinya semakin selesa bermain di Eropah.
Sebagai tambahan, Luqman bakal kembali ke Malaysia untuk memperkuatkan skuad kendalian E. Elavarasan dalam misi mempersiapkan pasukan menjelang aksi Kejuaraan AFF B-23 dan Kelayakan Piala AFC B-23 2024 yang berlangsung Ogos dan September ini.
Berikut senarai nama 26 pemain dipanggil oleh ketua jurulatih B-23, E. Elavarasan bermula 12 Jun 2023 sebagai persiapan Kejuaraan B-23 AFF 2023 di Chonburi Thailand bermula 16 – 26 Ogos 2023.
▶️ Baca penuh di https://t.co/VyYU1acPeA#FAM #HarimauMalaya #AFFU23Championship2023 pic.twitter.com/geLH4I9Ptf
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 8, 2023
Featured Image: Njardvik FC