Pengendali PDRM FC, Azzmi Ab Aziz memuji pertahanan import skuad berjulukan Sang Saka Biru, James Okwuosa yang menampilkan aksi cemerlang dalam membantu benteng pertahanan mereka musim ini.
Azzmi turut menyifatkan James sebagai salah seorang pertahanan terbaik di liga musim ini selepas menyaksikan pemain berusia 32 tahun tersebut beraksi baik menentang lawan-lawan yang jauh lebih hebat seperti Pahang dan Sabah.
“James, saya boleh cakap dia, mungkin kalau ada dua pertahanan tengah (terbaik), dia salah satu yang terbaik di Liga Malaysia tahun ini, musim ini. Saya boleh katakan begitu.”
“Bagusnya untuk pemain muda, mereka boleh belajar dengan dia. Pembacaannya terhadap permainan, ketenangannya. Saya boleh kata kalau ada dua pertahanan tengah (terbaik), dia salah seorang daripadanya.” ujar Azzmi dalam sidang media selepas perlawanan menentang Sabah.
The Real Deal. #welcomejames
We welcome former Nigeria international, James Okwuosa as our centerback for this season! Now, let’s play for real! 🔵🔴#pdrmfc #sangsakabiru #upthecops https://t.co/1zZvYzNpL4 pic.twitter.com/VQWgUS3oIB
— PDRM Football Club (@officialpdrmfc) February 3, 2023
Mengulas lebih lanjut berkenaan corak taktikalnya yang dilihat sangat defensif, Azzmi mengakui lebih berminat untuk bermain dengan lebih menyerang tetapi kualiti skuad yang dimilikinya menyebabkan dirinya perlu beraksi dengan lebih berdisiplin.
Pada masa yang sama, pengendali berusia 48 tahun itu tidak menolak kemungkinan untuk mendapatkan seorang lagi penyerang asing yang dapat membantu pasukan ketika melakukan serangan balas.
Dalam perlawanan tersebut, Nabil Ahmad Lapti menjadi wira buat The Cops menerusi jaringan tunggal perlawanan dalam memastikan tiga mata penuh dimiliki mereka dalam aksi menentang Sabah.
Ketika ini, PDRM FC berada di tangga kelapan liga dengan 19 mata dan meraih status ‘pembunuh gergasi’ selepas menewaskan Kedah, Selangor dan yang terbaharu, Sabah.
Featured Image: PDRM Football Club