Bahagian hadapan jersi home, away dan ketiga kelab bola sepak yang dimiliki oleh bintang Hollywood, Ryan Reynolds bersama rakannya Rob McElhenny iaitu Wrexham AFC memaparkan logo United Airlines bermula saat ini.
Perkembangan itu hadir selepas kedua-dua pemilik skuad berjulukan The Red Dragons mengumumkan syarikat penerbangan antarabangsa berpangkalan di Amerika Syarikat itu sebagai penaja baharunya, semalam.
Our brand new, 2023/24 @united-sponsored home shirt will be available to pre-order from Monday (June 12)
More 👇
🔴⚪ #WxmAFC
— Wrexham AFC (@Wrexham_AFC) June 8, 2023
Sepertimana dimaklumkan sebelum ini, Wrexham akan mengadakan jelajah ke Amerika Syarikat pada musim panas ini untuk menghadapi beberapa perlawanan persahabatan sebagai persiapan untuk beraksi dalam saingan EFL League Two 2023-24.
Untuk makluman semua, United Airlines selaku penaja akan menerbangkan skuad Wrexham bagi menjayakan jelajah pramusim mereka dari United Kingdom ke Amerika Syarikat buat julung kalinya itu.
Sebagai tambahan, kehadiran United Airlines ini sekaligus menggantikan logo TikTok – syarikat platform video pendek – yang telah menghiasi bahagian hadapan jersi home, away dan ketiga Wrexham selama dua musim bermula Julai 2021.
Nailed the landing. Welcome @united to the @Wrexham_AFC team as front of shirt sponsor.
🔴⚪️ #WxmAFC pic.twitter.com/WFpyM7zuXT
— Wrexham AFC (@Wrexham_AFC) June 8, 2023
Featured Image: Wrexham AFC