Artikel

KBS: Terengganu, Pahang & Wilayah Persekutuan Tolak Tawaran Rumput Zeon Zoysia

Sebanyak tiga negeri memutuskan menolak tawaran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menaik taraf padang di stadium utama masing-masing menggunakan rumput jenis Zeon Zoysia – rumput yang digunakan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) serta yang bakal ditanam di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Menurut Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh menerusi satu siaran media mendedahkan tiga negeri tersebut ialah Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan kerana mereka sudah mempunyai kelengkapan stadium mereka sendiri.

Difahamkan, hanya satu negeri sahaja yang menyatakan persetujuan dengan tawaran yang diberikan iaitu Sarawak.

Manakala negeri-negeri lain masih sedang dalam peringkat perbincangan dan keputusan akan diputuskan kelak.

Hannah yang mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Bilangan 2 Tahun 2023 pada siang tadi berkata mesyuarat bersetuju untuk melanjutkan tempoh untuk negeri-negeri membincangkan dan membuat kajian dengan lebih terperinci di peringkat kerajaan negeri selepas melihat hasil penanaman di SNBJ kelak. 

Untuk makluman, tawaran daripada KBS berkenaan rumput Zeon Zoysia adalah kaedah perkongsian kos. Melalui kaedah ini, pihak kementerian akan menanggung sepenuhnya kos pembelian rumput jenis tersebut untuk ditanam di stadium utama kepada negeri.

Manakala pihak kerajaan negeri pula perlu menanggung kos untuk menyelenggara dan sebagainya.

Featured Image: JOHOR Southern Tigers

komen