Gandingan lelaki negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi meneruskan rekod cemerlang ke atas M. R. Arjun dan Dhruv Kapila setelah menewaskan mereka dalam Pusingan 32 Terbuka Indonesia 2023.
Perlawanan yang berlangsung di Istora Gelora Bung Karno itu menyaksikan Arjun-Kapila mendahului pada set pertama dengan skor 21-12 sebelum Yew Sin-Ee Yi bangkit membenam cabaran gandingan India itu dengan keputusan 21-6 sekaligus membawa kepada set ketiga permainan.
Set ketiga memperlihatkan kedua-dua beregu beraksi sengit sehingga ke penghujungnya yang memihak kepada pasangan negara dengan skor 22-20 dalam perlawanan yang berlangsung selama sejam itu.
Kapal Api Group Indonesia Open 2023
MD – R32
🇲🇾ONG Yew Sin🏅
12 21 22 🇲🇾TEO Ee Yi🏅
🇮🇳M.R. ARJUN
21 6 20 🇮🇳DHRUV KAPILA🕚 in 60 minutes
— BWFScore (@BWFScore) June 13, 2023
Sebelum ini, Yew Sin dan Ee Yi telah bertemu dengan pasangan India itu sebanyak empat kali yang menyaksikan kesemua pertemuan tersebut dimenangi 100% beregu lelaki No.2 negara.
Kemenangan itu juga pastinya memberi suntikan moral buat Yew Sin-Ee Yi yang akan bertemu pemenang bagi pertemuan antara Ayato Endo-Yuta Takei dan Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin.
Untuk rekod, Yew Sin-Ee Yi menang dalam pertemuan sulung menentang Endo-Takei manakala Carnando-Marthin tewas dua kali daripada tiga pertemuan menentang beregu negara tersebut.
Sebagai tambahan, pencapaian terbaik Yew Sin-Ee Yi dalam kejohanan Terbuka Indonesia adalah pada tahun 2021 iaitu layak ke suku akhir sebelum tewas kepada pasangan Indonesia, Marcus Gideon dan Kevin Sanjaya.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia