Perseorangan badminton lelaki No.1 tanah air, Lee Zii Jia tidak lagi berada dalam kelompok 10 pemain terbaik dunia bermula hari ini – julung kalinya selepas sekitar 27 bulan.
Perkembangan itu hadir selepas Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengemaskini Ranking Dunia sekitar tengah hari tadi yang menyaksikan pemain kelahiran Kedah itu jatuh satu anak tangga berbanding kedudukannya pada minggu lalu.
Kejatuhan itu menyebabkan pemain berusia 25 tahun ini menghuni tangga ke-11 dunia – kedudukan yang kali terakhir dihuninya pada 4 Mac 2021.
Untuk makluman semua, Zii Jia menghuni tangga berkenaan dengan kutipan 59,876 mata.
Sebagai tambahan, kedudukan kesepuluh dunia pada minggu ke-26 ini menjadi milik pemain China yang berusia 23 tahun, Li Shi Feng merangkap juara Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England 2023 yang memiliki 60,738 mata.
Sementara itu, tiada sebarang perubahan melibatkan ranking perseorangan lelaki No.2 tanah air, Ng Tze Yong yang kekal di ranking ke-21 dunia.
Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023